Gabenor Gorontalo, Rusli Habibie, melaksanakan secara rasmi dasar memakai tudung kepada semua pekerja wanita beragama Islam yang bertugas di pejabat pentadbiran wilayah berkenaan mulai Khamis lalu.
Peraturan baru itu mewajibkan mereka menutup aurat menurut Syariah selain menunjukkan peri laku mengikut ajaran Islam sepanjang waktu kerja.
Dasar itu adalah yang kedua dilaksanakan Rusli sejak memenangi pilihan raya tempatan Gorontalo Disember tahun lalu, yang disokong oleh Parti Golkar.
Baru-baru ini Rusli melaksanakan dasar yang mewajibkan gaji kakitangan lelaki dipindahkan ke akaun bank isteri masing-masing, yang dikatakan penting untuk mempromosikan sikap keterbukaan antara pegawai dan isteri mereka serta mengelakkan rasuah di kalangan kakitangan awam.
Gorontalo terletak di utara Sulawesi.
Memang unik wilayah Goromtalo ni, semuga menjadi contoh kepada wilayah lain dan Malaysia juga.Mesti wilayah ini akan di berkati Allah.


4 comments:
Ya Allah... bagusnya kenapalah tempat kita tak boleh buat macam ini?
Moralnya menutup aurat itu satu kewajipan.
Alhamdulillah, perihatin dengan hukum Allah.
Kita bila lagi!!
Mie, sekarang akan susah nak masuk blog mie, lambat sangat.
malaysia elok wat camtu....
Post a Comment